ADHD : Berpunca daripada POOR PARENTING, Benar Atau Tidak? - SIRI 1

“Anak dia tu ada masalah, itu lah manjakan sangat anak dari kecil biar nakal tak duduk diam”.
.
Selalu kan ibu bapa disalahkan menjadi punca kelakuan anak-anak oleh masyarakat? Tetapi tak semua berpunca dari ibu bapa. Masyarakat perlu faham itu. Tetapi untuk mereke faham, kita sebagai ibu bapa dulu perlu lebih faham beza diantara menjadi punca dengan menjadi pemburuk keadaan.

‘POOR PARENTING’ BUKAN PUNCA kepada ADHD, tetapi ‘POOR PARENTING’ BOLEH MEMBURUKKAN GEJALA ADHD yang dihadapi.

Bagaimana kita, sebagai ibubapa dapat membantu mereka mengawal gejala sekaligus meningkatkan ‘attention span’ mereka? Ada pelbagai pendekatan yang akan saya kongsikan secara bersiri untuk para ibubapa aplikasikan , dan saya percaya dengan memulakannya dari awal, anak-anak kita mampu untuk mengatasi keadaaan diri mereka.

1. TERIMA KEADAAN MEREKA

Sebagai ibu bapa, kita dahulu perlu menerima dan memahami keadaan anak kita dulu sebelum kita ingin orang lain memahami mereka. Terima hakikat yang anak kita adalah lebih aktif dari rakan seusianya, dan kemungkinan besar akan berterusan begitu tetapi ia bukan disengajakan. Kita TAK BOLEH HENTIKAN keaktifan anak kita, TETAPI kita BOLEH KAWAL.

Sebarang kritikan atau cubaan mengubah anak yang hiper kepada anak yang pendiam, duduk senyap, dan ‘behave’ hanya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan..Ini kerana tindakan ibu bapa ini akan menyebabkan tekanan kepada anak-anak ADHD yang akan membuatkan mereka lebih rasa ingin memberontak dan akhirnya lebih gagal untuk mengawal diri mereka. Tiada apa yang lebih membantu anak-anak hiperaktif ini selain daripada dapat mempunyai ibubapa yang bertoleransi dan penyabar, namun ia haruslah dilakukan dengan kadar yang sesuai.

2. SEDIAKAN RUANG ATAU SALURAN UNTUK ‘TENAGA’ MEREKA

Anak-anak yang mengalami ADHD mempunyai banyak tenaga dalam diri mereka berbanding rakan sebaya, yang membuatkan mereka sentiasa tidak dapat duduk diam dan sentiasa resah untuk melakukan sesuatu. Ibu bapa boleh bantu dengan cara mencari aktiviti yang sesuai dan yang diminati oleh anak ADHD ini. Libatkan mereka dengan aktiviti luar rumah seperti berlari, mendaki bukit, dan bersukan.

Tenaga yang berlebihan dalam diri mereka ini boleh digunakan pada saluran yang bukan sahaja tepat malah bermanfaat pada kesihatan. Tapi jika mempunyai kekangan untuk membuat aktiviti di luar rumah, ibu bapa boleh sediakan sebuah bilik atau suatu ruang di dalam rumah yang boleh digunakan mereka untuk bermain sepuasnya tetapi haruslah dengan pantauan serta pengawasan orang dewasa. Mainan yang disediakan di dalam ruangan tersebut tidak boleh terlalu banyak, untuk mengelakkan daripada mudah teralih perhatian dari satu mainan ke satu mainan yang lain dalam masa yang singkat. Koleksi mainan itu juga haruslah selamat serta tidak mudah rosak. Ini kerana tenaga mereka mungkin boleh merosakkan mainan tersebut yang mungkin juga boleh membahayakan diri mereka.

Kita perlulah menggalakkan mereka untuk main satu mainan sahaja pada satu masa, untuk melatih daya fokus dan tumpuan mereka supaya tidak mudah teralih.


Nantikan sambungan siri ini dengan pelbagai perkongsian lain mengenai pengawalan gejala ADHD ini

SITI OSMAN
#PerundingPendidikan#AkademiBahijjah

Sumber : "My Child Is Sick" by Barton D. Schmitt
Picture credit to : Google

9 AM - 10 PM
HANEY
9 AM - 10 PM
Akademi Bahijjah (003041901 - D) 
Bahijjah Academy 2020. Designed by overlord_access
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram