ADHD : Berpunca daripada POOR PARENTING, Benar Atau Tidak? - SIRI 3

Perkongsian dalam siri kali ini akan difokuskan pada kepentingan disiplin dan bagaimana perlaksanaan yang berkesan dapat dicapai.
.

1. KEKALKAN DISIPLIN YANG TINGGI
Anak-anak ADHD selalunya lebih sukar dikawal dan diurus berbanding anak-anak sebaya mereka, jadi mereke memerlukan lebih penekanan disiplin berbanding biasa.
.
Namun peraturan-peraturan yang dikenakan hanya lah bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada sebarang bahaya, dan bukannya untuk mengongkong dan memberi tekanan kepada mereka. Kerana kita tak mahukan mereka tertekan, yang hanya akan memburukkan lagi gejala mereka.
.
Jangan biasakan diri kita dengan mengatakan “Maaf lah ya, dia memang macam tu” bila mereka mula berkelakuan negatif seperti menggigit, memukul, merampas barangan orang lain, dan sebagainya.
.
Apabila sahaja perkara-perkara ini berlaku, ibubapa perlu terus hentikan perlakuan itu tetapi perlu ELAKKAN penggunaan peraturan yang tidak sesuai dengan keadaan dan diri anak kita kerana mereka kurang dapat menerima peraturan dan tetapan.
.
Laksanakan peraturan yang jelas serta konsisten secara berperingkat. Apabila mereka sudah terbiasa dengannya, mula tambahkan peraturan lain secara perlahan-lahan mengituk rentak dan tahap anak.
.
Elakkan dari memberi komen negatif seperti “Jangan buat tu” “Berhenti” tetapi ciptalah tanda isyarat seperti bahasa tubuh dan gerak tangan yang difahami anak untuk meminta mereka bertenang atau ‘slow-down’.
.
INGAT, MENDISIPLINKAN ANAK =/= MEMALUKAN ANAK DI KHALAYAK RAMAI.
.
2. MELAKSANAKAN PERATURAN DENGAN HUKUMAN YANG TIDAK BERBENTUK FIZIKAL
Ya, kelakuan mereka kadang-kadang memang boleh buat kita hilang sabar. Tetapi hukuman berbentuk fizikal hanya menunjukkan kepada anak-anak bahawa kelakuan fizikal adalah OKAY.
.
Mereka perlukan ‘role-model’ dari golongan dewasa yang menunjukkan ketenangan dan kawalan diri. Jika kita sendiri tunjukkan sikap baran dan luar kawalan, bagaimana kita nak harapkan mereka untuk menjadi sebaliknya?
.
Gunakan nada suara yang tenang semasa mendisiplinkan mereka. Jika kita mendisiplinkan dengan cara menjerit dan meninggi suara, mereka akan cepat terikut cara itu.
.
Hukum kelakuan mereka yang salah serta merta. Asingkan anak itu dan letak dia di ‘time-out room’ jika tanda isyarat kita tidak diendahkan. ‘Time-out’ perlu berlangsung sekitar 1 minit bagi setiap tahun usia anak (contoh : 5 minit bagi anak berusia 5 tahun, 10 minit bagi anak berusia 10 tahun).
.
Tanpa sistem peraturan yang konsisten ini, kejayaan dalam mendisiplinkan mereka yang kita cuba usahakan mungkin tidak akan berjaya..
----------------------------------------------------------------------------
Nantikan sambungan siri ini dengan pelbagai perkongsian lain mengenai pengawalan gejala ADHD.
KITA TIDAK BOLEH HILANGKANNYA, TETAPI KITA MAMPU MENGAWALNYA.
.
.SITI OSMAN#PerundingPendidikan#AkademiBahijjah

Sumber : "My Child Is Sick" by Barton D. Schmitt
Picture credit to : Google

9 AM - 10 PM
HANEY
9 AM - 10 PM
Akademi Bahijjah (003041901 - D) 
Bahijjah Academy 2020. Designed by overlord_access
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram