ADHD : Berpunca daripada POOR PARENTING, Benar Atau Tidak? - SIRI 2

Kali ni kita akan sambung beberapa lagi pendekatan dan teknik yang boleh ibu bapa amalkan untuk mengawal dan mengurangkan gejala hiperaktif dan kurang tumpuan anak-anak ADHD.

1. JANGAN ‘TRIGGER’ MEREKAJangan galakkan aktiviti dan perlakuan yang kasar atau terlalu aktif dengan mereka, sebagai contoh, adik beradik atau saudara mencabar “Kejarlah cepat” “Tangkaplah kalau boleh” atau yang seumpama melibatkan permainan yang bising serta kasar.

Penggalakkan kelakuan hiperaktif ini boleh membawa kepada ia menjadi gaya utama anak-anak ADHD ini untuk berinteraksi dengan orang lain dan ini harus dielakkan.

2. ELAKKAN ANAK DARIPADA MENJADI TERLALU LETIH (BREAK DOWN)Apabila mereka menjadi terlalu letih, ‘self-control’ mereka akan mula runtuh dan keadaan hiperaktif mereka akan menjadi lebih teruk dan di luar kawalan. Bila sahaja kita mula kesan yang mereka sudah mula menunjukkan tanda letih, ajak mereka untuk tidur atau rehat dahulu.

Jika mereka tidak mampu untuk ‘tone-down’ tenaga mereka, peluk mereka seeratnya dan cuba tenangkan dengan cara goyangkan badan bersama mereka seperti ingin mendodoikan.

Pemasangan alunan bunyi-bunyian yang tenang dan sayup serta pemalapan cahaya juga dapat membantu dalam usaha untuk menidurkan mereka. Mereka perlu untuk berasa berada dalam keadaan yang tenang untuk membolehkan tenaga dalam diri mereka untuk ‘slow-down’.

3. JALANI RUTIN HARIAN YANG TERSUSUNRutin harian yang tetap boleh membantu anak-anak hiperaktif untuk terbiasa menerima ketetapan dan arahan. Tetapkan masa mereka untuk tidur malam, bangun pagi, makan, menyiapkan tugasan, tidur siang, bersukan, dan sebagainya.
.
Ibubapa juga boleh cuba jadikan suasana rumah yang mempunyai seminima mungkin bunyian daripada televisyen dan radio ketika waktu mereka belajar kerana ini akan membolehkan perangsangan serta penggalakkan pemikiran, pendengaran, dan pembacaan anak-anak.

Rutin harian yang boleh diramal akan membuatkan respon anak juga boleh diramal.

Pastikan juga mereka tidur awal dan mendapatkan sarapan yang lengkap sebelum ke sekolah kerana keadaan hiperaktif mereka akan menjadi lebih teruk jika tidak mendapat tidur yang cukup dan berada dalam keadaan lapar.

Nantikan sambungan siri ini dengan pelbagai perkongsian lain mengenai pengawalan gejala ADHD.


KITA TIDAK BOLEH HILANGKANNYA, TETAPI KITA MAMPU MENGAWALNYA.

SITI OSMAN#PerundingPendidikan#AkademiBahijjah
Sumber : "My Child Is Sick" by Barton D. Schmitt
Picture credit to : Google

9 AM - 10 PM
HANEY
9 AM - 10 PM
Akademi Bahijjah (003041901 - D) 
Bahijjah Academy 2020. Designed by overlord_access
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram